Saturday, April 18, 2009

Salam Perguruan

Blog ini dicipta untuk penggemar seni warisan budaya melayu. Sendeng Spring Warisan adalah salah satu seni silat melayu asli yang wujud sejak zaman berzaman. Diasaskan melalui "Sheikh Ahmad" yang menjadi guru utama yang mengasaskan perguruan ini. Berasal dari kepulauan jawa indonesia iaitu di salah sebuah perkampungan air di sambas. Diperturunkan kepada ayahanda Hamden B Said yang kini menjadi Guru Utama perguruan ini dan juga salah seorang Guru Tua perguruan seni silat yang masih ada di Sarawak. Berdaftar dengan Rumpun Silat Sarawak (RSS) atas nama Perguruan Seni Silat Spring 12, perguruan ini telah melahirkan banyak pewaris budaya bangsa yang berkaliber. Dengan bermottokan "atas menang bawah tewas", perguruan ini semestinya mengundang pelbagai tanggapan. Bagi yang pernah mempelajari ilmu persilatan perguruan ini, semestinya maklum dengan motto tersebut.

Walaubagaimanapun, kini perguruan ini telah diperkembangkan dan turut wujud dalam pelbagai nama dan rentak permainan yang turut berubah mengikut aliran zaman. Namun apa pun juga nama dan rentak permainannya, apa yang penting dalam ilmu persilatan ialah mengekalkan dua elemen yang penting iaitu "adat" dan "warisan". Justeru itu, tidaklah dikatakan bagus sesebuah perguruan itu kerana handalnya pesilat mereka, tetapi handal apabila ia bijak mengekalkan adat dan warisan dengan menggunakan ilmu silat pada tempat yang betul.

Sekian dulu untuk tatapan minda pada kali ini. Sebarang komen, pandangan mahupun cadangan, boleh la dikemukakan bersama...memartabatkan silat adalah satu tanggungjawab anak muda masa kini....